Semangatnye ayu... last friday gi w`son, tetiba nampak ubat ni, terus teringat kata-kata kengkawan kat Forum.Cari, folic acid ni untuk baby.. lepas beli, says cita kat mak, mak kata badan saya sehat so rasanya tak makan pun tak pa. tapi kalau nak makan jugak buat test darah.. kemarin saya gi dengan mak ke klinik suri, doc cakap "boleh makan, ubat ni untuk menguatkan rahim, baik untuk pertumbuhan baby, baik sangat tuk otak baby" saya tak buat test darah, jadi boleh makan la.. masa balik tu sambil sembang dengan mak, mak cakap "tak awal ka? relex la dulu, bagi semua dah stabil baru ada baby".. jarangkan mak-mak nak kata macam tu. saya faham, tuk kebaikan jugak kan.. tapi itu rezeki masing-masing.. rezeki kan.. kalau tak ada aku terima, kalau dah ada SUMPAH aku tak tolak... hehehehe
FUNGSI
Folik Asid dianggap sebagai makanan otak, ia diperlukan untuk pengeluaran tenaga dan pembentukan sel darah merah. Ia juga menguatkan imuniti dengan membantu dalam pembentukan yang sesuai dan fungsi sel darah putih. Oleh kerana ia berfungsi sebagai koenzim dalam sintesis DNA dan RNA , ia adalah penting untuk pecahan dan penyalinan sel yang sihat. Folik asid terlibat dalam metabolisma protin, dan telah digunakan dalam pencegahan dan rawatan folik asid anemia. Zat ini juga boleh membantu dalam depresi dan "anxiety".
Folic acid sangat penting dalam kehamilan. Ia membantu mengatur pembentukan sel saraf "embryonic" dan " fetal" , yang mana amat penting untuk tumbesaran yang normal.
Folic asid sangat berkesan apabila digabungkan dengan vitamin B12 dan vitamin C.

SUMBER
Makanan berikut mengandungi folik asid: barli, daging lembu, bran, ragi yang ditapai, beras perang, keju, ayam, buah kurma, sayuran berdaun hijau, daging kambing, hati, susu, cendawan, oreng, sayuran berubi, ikan salmon, tuna, gandum, dan bijirin.