Selasa, 3 Jun 2014

Update cerita Adam Amsyar

Asslamualaikum....

Lama tak update blog. tak banyak citer sebenornyer.... nak kata bz tak sangat tapi urat malas dah membengkak dalam badan... hihihihi

Nak up tentang Adam Amsyar (3 tahun 8 bulan). dia masih belum boleh betutur dengan baik. hanya 1 per 1 patah je yang dia sebut. kalau dia nampak mama goreng telur dia akan sebut "wow egg...." toup nasi kat telur dia sebut "nasi...yum yum" terus ambik pinggan dia bawa kat meja makan.. hahaha... nampak bunga dia sebut "flower" pas tu hidu. nampak kapal terbang dia sebut "airoplen". Tapi kami suami isteri tak pernah cakap dengan dia tak terus. cakap bahasa yang dia boleh sebut dan faham.

Bab keaktifan tu macam macam tu jugak. aktif yang bila kat jalan atau luar kena awasi dia sebab dia memang tak tau takut. kat jalan kg sekali pun mama akan turut serta mana dia nak pegi.

Kat PDK sekarang pun ok alhamdulillah. dengan cikgu2 suma ok. rasanya diaorang  layan dia dengan baik sangat sebab nampak dia dengan cikgu kat situ tak da masalah. cuma ari tu cikgu beso cakap sekarang kena letak kertas makong kat dinding sebab dia suka conteng dinding. Adam ni tak boleh tengok dinding kosong, ada ja yang dia nak lukis. kat rumah ni jangan cakap la, penuh dinding...

 
lukisan 07/05/2014 buat lagi 2 orang... Abang tak sabar nak jumpa baby yer...
 
07/05/2014 dia sebut "eyes...nose...mouth.... A Y A M" smile la abang... hihihi...
 
gambar atas ni bawa dia gi batu kawan ari tu ada astro gempar. seronok lagi astro gempar ni sebab diorang banyakkan mainan untuk kids, dan kids yang macam Adam ni boleh la main. setengah jam bagi dia main, tu pun tak puas. lepas tu kena la papa angkut sambil melalak ke tempat park keta.
 
good boy.... muka pepagi hantar pegi PDK. ceria ja... seronok bila anak masuk je sini ok tak melalak macam kat taska bermata dulu.
 
kesukaan dia 'main air' masa ni kat rumah tok wan. suka la main air. memula sirap pokok lepas tu siram badan sekali.
 
ni aktiviti fevret dia. contiang meqata la.... tak cukup kertas, muka pun boleh janji ada ruang kosong...
 
13/05/2014 Alhamdulillah 2-3 kali ajar dia kenal perkataan dah boleh tangkap. sekarang ni one to five dia boleh tulis dengan sangat baik...
 
tak cukup dengan tu, dinding rumah tok wan pun dia tulis... ahh sampai 3 ja lepas tu kena marah dengan tokwan... habis la ruang tamu dia....
 
apa pun sayang, kami tetap sayangkan dirimu wahai anakku Muhammad Adam Amsyar... buatlah apa pun jika itu yang adam rasa selesa... kami lakukan apa saja untukmu...