Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari September, 2010

40WEEKS!!!!!!!

salam...

Saya bersiaran langsung dari rumah mak, berbekalkan hp yg ada keybord + maxis internet 1 jam 2 hengget ingin melaporkan bahawa saya TIDAK MEMBERANAKKAN DIRI lagi!!!

Bab raya? Alhamdulillah yg tak terhingga sbb Tuhan mengixinkan saya sempat merasai MAKANAN raya.. Memang puas makan...

Dah 40 minggu ni..kemarin pi klinik doc bg masa sampai 25hb, kalo tak beranak jg dia suh pi hospital seberang jaya terus tuk DIPAKSA BERSALIN!!! Kalo tak boleh je beranak kat spital sg bakap, dekat je kat rumah..

Baby sihat, rahim 37cm, cuma saya ja dari 7bln berat tak naik. Sekarang ni plak hari2 cirit... Tu yg berat tak nampak naik..

Saya berdoa dan memohon kepada kalian juga, doakanlah saya bersalin dlm minggu ni, tak nak bg bb lama2 dok dalam, doc kata baby pun tak leh dok lama2, nanti uri dah tua tak leh saport makanan kat baby.. Huhuhu sian dia... Doakan yer...

Rindu plak nak tempek gambo, tp bila pakai hp ni susuah. Kat facebook jek boleh.. Nanti bila saya dah bersalin saya tempek gambo kat…

Awas, Sampul Duit Raya Ada Lambang SALIB!

dalam dok nak raya ada gak terselit benda mcm ni no.. ish ish ish.. so berhati2 k...



36weeks

salam...

disebabkan esok rasa macam nak cuti, saya update tu esok dimana cukup 39 weeks pregnant...

sampai ke hari ni ALHAMDULILLAH sangat2, saya sihat + kuat lagi. mampu lagi naik tangga opis, berjalan2 (tapi tak laju banyak dah nak mcm adik beradit penguin). perut berasa berat sikit, tapi rasa biase jek, pinggang kiri kanan mula rasa sakit sikit. air yasin+air bismillah 6 dah abis minum, air akar siti fatimah saya buat mandi kekadang sambil mandi minum la, kalo yang KAW punya tak mampu nak minum... rasa hanyir sikit...

makan macam besa la lalu makan sungguh. berat mentain 80kg. kaki bengkak jugak dah tak surut.

Puan seterusnya akan memasuki minggu ke-39, saat hampir bersalin minggu kedua terakhir sebelum bersalin. Perut kita sudah begitu besar dan berat. Buat masa ini kita perlu fokuskan fikiran kepada perkara-perkara positif dan bayangkan pemandangan indah. Kita perlu pastikan segala persediaan untuk melahirkan telah siap dikemas dan diletakkan di tempat yang muda diambil.

dan ini muk…

Selamat Hari Raya

Selamat menyambut hari lebaran yang kan tiba pada 1 Syawal 1431, kepada semua kengkawan saya yang selalu menjenguk blog saya selama ini...- Dengan ini saya mohon ampun dan ribuat kemaafan kepada kalian sekiranya ada yang membuat kalian terasa+kecil hati di atas kekasaran bahasa saya... - Halal juga makan, minum & $ saya sekiranya terkurang dan terlebih... - Sesungguhnya kita insan biasa yang tak pernah lari dari membuat kesilapan, oleh itu bermaaf-maafanlah antara kita sesama umat Islam...

Love Anniversary

semalam tanggal 05/09/2010 cukup 6 tahun kami lakik binik berchenta... dari tahun 2004.. hemmm lama ker? lama la, kalo kawin dari dulu anak dah tadika dah khen... banyak dugaan & kenagan yang kami tempuhi.. apabila masuk ke alam rumahtangga berlainan pulak... dan aku rasa bahagia sangat menjadi seorang kekasih, isteri & bakal ibu... :D
buat kekasih+suami terchenta MOHDKAZRULKAMAL, mama sayang sangat kat papa... 'kaulah segalanya untuk ku... kaulah curahan hati ini... tak mungkin ku melupakanmu.. tiada lagi yang ku harap hanya kau seorang...'
mekasih suk di atas pemberian yang amat ku idami selama ini, disamping kasih sayangmu yang amat beharga buat mama & baby...
ILOVEYOU

Ingin Tahu Tanda Bersalin?

PENGALAMAN sakit bersalin berbeza-beza bagi setiap wanita. Ada yang merasakan seperti perut memulas hendak membuang air besar, sakit belakang, perut seperti akan pecah dan seumpamanya.

Bermula seawal 28 minggu usia kandungan, wanita akan mula mengalami pengecutan rahim yang normal secara fisiologi, ia dinamakan pengecutan rahim Braxton-Hicks.

Pengecutan rahim ini berlaku jarang-jarang, sekitar setiap 30 minit dan mengambil tempoh beberapa saat saja serta tidak menyakitkan. Ini berbeza dengan pengecutan rahim bersalin yang dialami setiap 15 minit namun kemudiannya menjadi lebih kerap (setiap lima atau tiga minit), setiap satu pula semakin panjang tempohnya (sehingga 45 saat) dan disertai dengan kesakitan.

Tempoh ini bolehlah dikira secara meletakkan tapak tangan pada puncak rahim untuk mengesan pengecutan rahim itu yang sentiasa datang dan menghilang.Berjumpalah dengan doktor untuk mengesan punca kesakitan yang anda alami.

Tanda hampir bersalin adalah seperti berikut:
* Perut menjadi ringa…

Dah 38weeks

Pada minggu ke-38, puan tentu akan dapat merasa keadaan pundi kencing yang sedikit tertekan dan ini akan menyebabkan kita kerap mahu membuang air kencing.

Puan seterusnya akan memasuki minggu ke-39, saat hampir bersalin minggu kedua terakhir sebelum bersalin. Perut kita sudah begitu besar dan berat. Buat masa ini kita perlu fokuskan fikiran kepada perkara-perkara positif dan bayangkan pemandangan indah. Kita perlu pastikan segala persediaan untuk melahirkan telah siap dikemas dan diletakkan di tempat yang muda diambil.

salam... hemmmm.. dah masuk 38minggu, cepatnya!!!! (sebenonyer tak sabar) persiapan, barang baby ngan barang saya dah siap dok dalam playpen baby dah 1 bulan, cuma tak buh dalam keta ja lagi... so minggu ni memang nak kena siap dalam keta dah. sakit? tak da rasa yang teruk2 lagi pun, suma kat tut rasa macam nak mai piyed, rasa cekang jek, perut pun dah rasa berat, hari ni naik tangga tehegeh-hegeh jugak... misi ngan doc ada tanya "nak beranak kat mana nanti?" entah…

Gambar

semalam jejalan kat fotopages en jerry, dia dah buh gambar maternity shoot.. wah.. mekasih yer... bukan senang en jerry nak buh dalam fotopages dia... azzaharry, inilah tuan badannya... boleh tengok di www.azzaharry.com