Khamis, 2 September 2010

Dah 38weeks

Pada minggu ke-38, puan tentu akan dapat merasa keadaan pundi kencing yang sedikit tertekan dan ini akan menyebabkan kita kerap mahu membuang air kencing.

Puan seterusnya akan memasuki minggu ke-39, saat hampir bersalin minggu kedua terakhir sebelum bersalin. Perut kita sudah begitu besar dan berat. Buat masa ini kita perlu fokuskan fikiran kepada perkara-perkara positif dan bayangkan pemandangan indah. Kita perlu pastikan segala persediaan untuk melahirkan telah siap dikemas dan diletakkan di tempat yang muda diambil.

salam...
hemmmm.. dah masuk 38minggu, cepatnya!!!! (sebenonyer tak sabar) persiapan, barang baby ngan barang saya dah siap dok dalam playpen baby dah 1 bulan, cuma tak buh dalam keta ja lagi... so minggu ni memang nak kena siap dalam keta dah.
sakit? tak da rasa yang teruk2 lagi pun, suma kat tut rasa macam nak mai piyed, rasa cekang jek, perut pun dah rasa berat, hari ni naik tangga tehegeh-hegeh jugak...
misi ngan doc ada tanya "nak beranak kat mana nanti?" entah la, kat sini kalo pi sg bakap pun kalo anak sulung ada prob sikit depa hantaq pi seberang jaya, tapi ada jek kawan2 yang beranak anak sulung kat sg bakap.. wah.. bingug nih... rasa macam kat seberang jaya terus, tapi kat sana memang ramai...
en baby mcm biasa dengan xtvtnya yang suka buat perut mama herot... minggu lepas saya kena cery-bery lebih 10x gak ulag alik masuk jamban, terkantoi posa sehari taw.. huhuhuhu.. malam gi klinik doc jimmy ambil ubat n terus gatai mulut nak scan (last k last) en baby sehat dah, masa scan tu berat en baby dah 3.016kg!!! anak mama dah 3 kg!!! cek nak keluaq bila cek, jangan sampai 4kg na...