Khamis, 16 September 2010

40WEEKS!!!!!!!

salam...

Saya bersiaran langsung dari rumah mak, berbekalkan hp yg ada keybord + maxis internet 1 jam 2 hengget ingin melaporkan bahawa saya TIDAK MEMBERANAKKAN DIRI lagi!!!

Bab raya? Alhamdulillah yg tak terhingga sbb Tuhan mengixinkan saya sempat merasai MAKANAN raya.. Memang puas makan...

Dah 40 minggu ni..kemarin pi klinik doc bg masa sampai 25hb, kalo tak beranak jg dia suh pi hospital seberang jaya terus tuk DIPAKSA BERSALIN!!! Kalo tak boleh je beranak kat spital sg bakap, dekat je kat rumah..

Baby sihat, rahim 37cm, cuma saya ja dari 7bln berat tak naik. Sekarang ni plak hari2 cirit... Tu yg berat tak nampak naik..

Saya berdoa dan memohon kepada kalian juga, doakanlah saya bersalin dlm minggu ni, tak nak bg bb lama2 dok dalam, doc kata baby pun tak leh dok lama2, nanti uri dah tua tak leh saport makanan kat baby.. Huhuhu sian dia... Doakan yer...

Rindu plak nak tempek gambo, tp bila pakai hp ni susuah. Kat facebook jek boleh.. Nanti bila saya dah bersalin saya tempek gambo kat sana saya bg tau jg kat sini k... Mmmuuaaahhh... Salam peluk tium dari ILA a.k.a IreneDahayu...

Rabu, 8 September 2010

Awas, Sampul Duit Raya Ada Lambang SALIB!

dalam dok nak raya ada gak terselit benda mcm ni no.. ish ish ish.. so berhati2 k...



36weeks

salam...

disebabkan esok rasa macam nak cuti, saya update tu esok dimana cukup 39 weeks pregnant...

sampai ke hari ni ALHAMDULILLAH sangat2, saya sihat + kuat lagi. mampu lagi naik tangga opis, berjalan2 (tapi tak laju banyak dah nak mcm adik beradit penguin). perut berasa berat sikit, tapi rasa biase jek, pinggang kiri kanan mula rasa sakit sikit. air yasin+air bismillah 6 dah abis minum, air akar siti fatimah saya buat mandi kekadang sambil mandi minum la, kalo yang KAW punya tak mampu nak minum... rasa hanyir sikit...

makan macam besa la lalu makan sungguh. berat mentain 80kg. kaki bengkak jugak dah tak surut.

Puan seterusnya akan memasuki minggu ke-39, saat hampir bersalin minggu kedua terakhir sebelum bersalin. Perut kita sudah begitu besar dan berat. Buat masa ini kita perlu fokuskan fikiran kepada perkara-perkara positif dan bayangkan pemandangan indah. Kita perlu pastikan segala persediaan untuk melahirkan telah siap dikemas dan diletakkan di tempat yang muda diambil.

dan ini muka puan dah sedang tunggu hari... :D

:D

Selasa, 7 September 2010

Selamat Hari Raya

Selamat menyambut hari lebaran yang kan tiba pada 1 Syawal 1431, kepada semua kengkawan saya yang selalu menjenguk blog saya selama ini...
-
Dengan ini saya mohon ampun dan ribuat kemaafan kepada kalian sekiranya ada yang membuat kalian terasa+kecil hati di atas kekasaran bahasa saya...
-
Halal juga makan, minum & $ saya sekiranya terkurang dan terlebih...
-
Sesungguhnya kita insan biasa yang tak pernah lari dari membuat kesilapan, oleh itu bermaaf-maafanlah antara kita sesama umat Islam...

Isnin, 6 September 2010

Love Anniversary

semalam tanggal 05/09/2010 cukup 6 tahun kami lakik binik berchenta... dari tahun 2004.. hemmm lama ker? lama la, kalo kawin dari dulu anak dah tadika dah khen... banyak dugaan & kenagan yang kami tempuhi.. apabila masuk ke alam rumahtangga berlainan pulak... dan aku rasa bahagia sangat menjadi seorang kekasih, isteri & bakal ibu... :D

buat kekasih+suami terchenta MOHD KAZRUL KAMAL, mama sayang sangat kat papa... 'kaulah segalanya untuk ku... kaulah curahan hati ini... tak mungkin ku melupakanmu.. tiada lagi yang ku harap hanya kau seorang...'

mekasih suk di atas pemberian yang amat ku idami selama ini, disamping kasih sayangmu yang amat beharga buat mama & baby...

I LOVE YOU

Jumaat, 3 September 2010

Ingin Tahu Tanda Bersalin?

PENGALAMAN sakit bersalin berbeza-beza bagi setiap wanita. Ada yang merasakan seperti perut memulas hendak membuang air besar, sakit belakang, perut seperti akan pecah dan seumpamanya.

Bermula seawal 28 minggu usia kandungan, wanita akan mula mengalami pengecutan rahim yang normal secara fisiologi, ia dinamakan pengecutan rahim Braxton-Hicks.

Pengecutan rahim ini berlaku jarang-jarang, sekitar setiap 30 minit dan mengambil tempoh beberapa saat saja serta tidak menyakitkan. Ini berbeza dengan pengecutan rahim bersalin yang dialami setiap 15 minit namun kemudiannya menjadi lebih kerap (setiap lima atau tiga minit), setiap satu pula semakin panjang tempohnya (sehingga 45 saat) dan disertai dengan kesakitan.

Tempoh ini bolehlah dikira secara meletakkan tapak tangan pada puncak rahim untuk mengesan pengecutan rahim itu yang sentiasa datang dan menghilang.Berjumpalah dengan doktor untuk mengesan punca kesakitan yang anda alami.

Tanda hampir bersalin adalah seperti berikut:

* Perut menjadi ringan sekitar dua minggu sebelum kelahiran kerana kepala bayi sudah pun 'turun' ke dalam kawasan rangka tulang pelvis.

* Keluar lendir pekat seperti gam yang lekang dari laluan pintu rahim apabila pintu rahim mula menipis.

* Pengecutan otot rahim yang semakin kerap dan untuk tempoh yang lama.

* Keluar lendir bercampur darah apabila pintu rahim mula membuka.Anda juga boleh mempelajari cara mengesan pengecutan otot rahim. Ia juga dapat dilihat dalam carta cardio-tocograph atau CTG yang mencatat pola aktiviti jantung bayi serta pengecutan otot rahim.

Ia dilakukan secara melekapkan dua alat berbentuk cakera tebal ke atas puncak rahim dan pada kawasan jantung bayi, alat ini dilekapkan dengan bantuan tali pinggang bergetah dan dibiarkan selama kira-kira 20 minit.

Ujian air kencing juga mungkin dilakukan untuk memastikan tiada jangkitan air kencing yang juga boleh mengakibatkan kesakitan yang sama walaupun lazimnya ia lebih kepada sakit bahagian ari-ari.

Selain tanda di atas, anda juga perlu ke hospital jika mengalami keluar air ketuban, pergerakan bayi menjadi kurang kerap, keluar darah atau apa saja masalah yang dialami untuk kepastian doktor.

Waktu 40 minggu adalah dikira bermula hari pertama haid terakhir sehingga tarikh jangkaan bersalin.

Namun, 90 peratus wanita didapati sudah selamat bersalin sebelum tiba tarikh terbabit, sekitar 10 hari sebelum tarikh itu.

Bayi dikatakan cukup bulan apabila mencecah usia 38 minggu kandungan. Bayi pula dikatakan lebih hari jika masih belum dilahirkan selepas tarikh 40 minggu, jika melebihi 42 minggu pula dikatakan lebih masa.

Lazimnya bayi selamat jika lahir dalam tempoh 38 hingga 41 minggu, sebaliknya melebihi usia 42 minggu pula dikaitkan dengan risiko kepada bayi.

Membenarkan bayi di dalam kandungan melebihi usia 40 minggu memerlukan pengawasan pergerakan bayi, kandungan air ketuban, keadaan uri, aktiviti jantung dan seumpamanya bagi wanita yang tidak mempunyai masalah seperti darah tinggi, kencing manis atau rhesus negatif.

Pada masa sama, jika keadaan terbabit masih memuaskan, kandungan mungkin dibenarkan selama sekitar seminggu bagi memberi peluang jika anda didatangi sakit bersalin sendirinya tanpa perlu dipaksa bersalin (induksi).

Namun, ia lebih bergantung kepada keputusan anda setelah mendapat pandangan doktor anda.

Khamis, 2 September 2010

Dah 38weeks

Pada minggu ke-38, puan tentu akan dapat merasa keadaan pundi kencing yang sedikit tertekan dan ini akan menyebabkan kita kerap mahu membuang air kencing.

Puan seterusnya akan memasuki minggu ke-39, saat hampir bersalin minggu kedua terakhir sebelum bersalin. Perut kita sudah begitu besar dan berat. Buat masa ini kita perlu fokuskan fikiran kepada perkara-perkara positif dan bayangkan pemandangan indah. Kita perlu pastikan segala persediaan untuk melahirkan telah siap dikemas dan diletakkan di tempat yang muda diambil.

salam...
hemmmm.. dah masuk 38minggu, cepatnya!!!! (sebenonyer tak sabar) persiapan, barang baby ngan barang saya dah siap dok dalam playpen baby dah 1 bulan, cuma tak buh dalam keta ja lagi... so minggu ni memang nak kena siap dalam keta dah.
sakit? tak da rasa yang teruk2 lagi pun, suma kat tut rasa macam nak mai piyed, rasa cekang jek, perut pun dah rasa berat, hari ni naik tangga tehegeh-hegeh jugak...
misi ngan doc ada tanya "nak beranak kat mana nanti?" entah la, kat sini kalo pi sg bakap pun kalo anak sulung ada prob sikit depa hantaq pi seberang jaya, tapi ada jek kawan2 yang beranak anak sulung kat sg bakap.. wah.. bingug nih... rasa macam kat seberang jaya terus, tapi kat sana memang ramai...
en baby mcm biasa dengan xtvtnya yang suka buat perut mama herot... minggu lepas saya kena cery-bery lebih 10x gak ulag alik masuk jamban, terkantoi posa sehari taw.. huhuhuhu.. malam gi klinik doc jimmy ambil ubat n terus gatai mulut nak scan (last k last) en baby sehat dah, masa scan tu berat en baby dah 3.016kg!!! anak mama dah 3 kg!!! cek nak keluaq bila cek, jangan sampai 4kg na...

Rabu, 1 September 2010

Gambar

semalam jejalan kat fotopages en jerry, dia dah buh gambar maternity shoot.. wah.. mekasih yer... bukan senang en jerry nak buh dalam fotopages dia...
azzaharry, inilah tuan badannya...
boleh tengok di www.azzaharry.com