Hari tu ada call cikgu di Sek Keb Seri Sentosa tentang pendaftaran di Pendidikan Khas untuk Amsyar, cikgu cakap nanti datang bulan 7 untuk pendaftaran... tak sabar nak bagi Amsyar masuk sekolah sebab dia kalau nampak sekolah ja nak masuk...
Bagi
ibubapa yang ada anak masalah bercakap, ini ialah saat yang amat
meresahkan. Ibubapa dalam dilema:
- sekolah kebangsaan aliran perdana?
- sekolah pendidikan khas?
- pusat dalam komuniti?
- sekolah swasta?
- homeschooling?
Setiap
pilihan tu ada pro kontra. Ibubapa yang anaknya bercakap macam biasa
takkan memahami kekalutan fikiran ini. Hanya yang mengalami saja yang
faham.
Apa
antara keresahan utama ibubapa?
- Keselamatan anak. Bimbang anak keluar kelas hilang entah ke mana.
- Cikgu tak memahami anak. Bimbang anak dimarahi cikgu atas sebab kelemahannya bertutur.
- Bimbang anak tak pergi ke tandas sekolah.
- Bimbang anak dibuli murid lain.
- Bimbang anak tantrum atau berkasar dengan murid lain.
Dan
macam-macam 1001 kebimbangan lagi. Setiap kebimbangan itu ada
hujahnya kerana hanya ibubapa yang paling kenal realiti anaknya
setiap hari.
Namun
demikian, masih ada juga ibubapa yang tak rasa bimbang pun, kerana
masih belum menerima hakikat masalah yang sedang dihadapi oleh si
anak. Masih berpura-pura bahawa anaknya tiada masalah apa-apa. Masih
berharap darjah 5 nanti, pandai-pandailah anak tu berkembang jadi
sama macam rakan sebaya. Semoga mendapat hidayah.
Kebimbangan
isu persekolahan inilah biasanya adalah pencetus utama ibubapa
memulakan intervansi awal. Ada ibubapa yang telah memikirkan isu ini
sejak anaknya 2 tahun. Begitu jauh pandangan ibubapa. Sejak anak 2
tahun lagi sudah memikirkan, jika anaknya berisiko untuk ke aliran
khas disebabkan masalah bertutur.
Walaupun
stigma aliran pendidikan khas masih begitu kuat dalam masyarakat,
bukan bermakna masa depan menjadi gelap. Kini sudah ada program
inklusif di mana murid yang layak mengikut penilaian pihak sekolah,
diserap ke aliran perdana.
Malah
murid lepasan pendidikan khas juga boleh meneruskan pengajian ke
pusat-pusat latihan kemahiran. Pihak kerajaan juga menawarkan
pelbagai keistimewaan kepada pelajar OKU yang menyambung pengajian ke
IPTA dengan syarat minima saja. Tak perlu bersaing dengan pelajar
lain.
Bagi
ibubapa yang ada anak 5-6 tahun yang sedang memikirkan sama ada anak
perlu ke aliran khas atau perdana, sila pertimbangkan beberapa
perkara di bawah:
- Kemahiran ke tandas
- Kemahiran sosial (aktiviti kumpulan, beratur, ucap terima kasih)
- Akademik (kenal nombor, huruf, mewarna dan tulis ikut garisan)
- Tingkah laku (tidak ganas, boleh duduk dalam kelas)
- Pertuturan-bahasa
- faham arahan guru
- jawab soalan mudah tentang dirinya
- percakapan difahami guru
Semoga
info di atas berguna buat ibubapa yang prihatin.
by ruby