Selasa, 12 Januari 2016

Adam Amsyar & PDK Harmoni

Asalamualaikum....

Lamanaya tak update blog kerana kebizian melanda hujung tahun.... saja nak update tentang my lil boy Muhammad Adam Amsyar last day kat pdk. sehari sebelum pdk nak bermula cuti sekolah ada rombongan ke penang bersama anak2 syurga tercinta. ibu bapa tak ikut sekali yer.. memang tiap2 tahun macam tu... walaupun anak2 istimewa ni susah nak kontrol dari budak biasa tapi mereka sangat baik dan tak da buat hal. cikgu pun cakap Amsyar ok sangat..... 

Cikgu cakap Amsyar teruja sangat naik bas,mula naik dari pdk sampai ke pulau dok nyanyi 'Wheels On The Bus Go Round And Round' memang dia suka betul lagu tu. kalo Ammar Rifqi dengan pun lari mai kat Amsyar nak geleng kepala sekali....

bila tunjuk pic ni kat dia, tanya dia sapa ni abam? dia jawab "ni kak nana" adik kepada cikgu ayu cikgu autisme kat pdk...

Gambar2 dibawah yang cikgu ayu hantar kat mama... wahhhhhh suka no... pandai pulak bila cikgu suruh post macam mana dia ikut...







Terima kasih Cikgu Ayu jaga Amsyar di sana dengan baik.

esok tu hari jumaat, last day, tapi jumaat pdk budak cuti, cikgu ja ada.. masuk ja Amsyar nyorok kat situ sampai kesudah... bawah puding roti bagi cikgu2 rasa tanda upacan terima kasih jaga Amsyar dengan baik... dia pun hepi ja selalu nak pegi pdk...





gambar mama, Amsyar & cikgu2 yang sayang Amsyar, tambah lagi cikgu ayu yang peluk Amsyar tu... masa ni mama ngan cikgu2 mata dah masuk habuk dah... huaaaaa.... terima kasih sekali lagi buat semua cikgu2 PDK Harmoni yang menyayangi, menjaga Adam Amsyar dengan penuh kasih sayang tanpa kekasaran.... semoga Allah sentiasa memurahkan rezeki kalian...