Selasa, 17 Mac 2015

Bengkel Intensif/Pendidikan Autisme untuk Ibu Bapa-Day 2

Hari ke 2 pegi awal sikit sarapan kat sana. makan semua ok... bermula pagi ceramah sikit. cerita perkembangan autis kids kat makmal di UPM. macam2 perangai ada. biasalakan, kanak2 normal pun macam2 perangai tambah ini anak istimewa... kekadang kerenah mereka ada yang buat kita marah sedih dan ketawa.... huhuhu.. sambil taip ni pun begenang air mata bila teringat anak mama kat PDK tu.... sayang sangat anak istimewa saya ni.... 



Bila tengahari biasalah, kena buat rutin ni, kalo tak boleh duduk la dibuatnya... Alhamdulillah dapat 4oz untuk tengahari tu.  seronok bila dapat banyak2 macam ni sebab saya tak buat simpan stok susu. selalu tengahari balik ambil Adam Amsyar terus bagi susu kat Ammar Rifqi. dalam masa balik tu jugak sempat perah susu sikit untuk waktu petang... susu di atas hasil perahan tangan je...hihihi...

Lepas makan, solat mula aktiviti ke 2 pulak. cara mengajar anak... bawah ini ada beberapa contoh yang boleh diprektis untuk anak2 dirumah.

Untuk anak2 Tahap 1,
mengenal ABC

Mengenal Bentuk, sebelah kanan ni kertas yang diliminit lepas tu anak boleh tulis atas dot2 tu dengan makel pen yang boleh padam.

Tahap 2, membaca
ini anak boleh cari perkataan yang sama dengan gambar

yang warna2 dengan pengapit baju tu ada 2 pekara boleh buat. 1 mengenal warna 2 pengepit tu bertujuan latihan untuk memegang pencil. dia buat kepit2 tu dalam masa yang sama dia boleh mengenal warna. 
bulat n petak tu diliminitkan jugak nanti boleh anak tiru balik atas tu dengan makel pen.

Tahap 3, mengira
ini contoh kira barang ada berapa bilangannya.

ini matematik, liminit jugak nanti anak buat pengiraan boleh tulis dengan makel pen. yang kertas kuning tu jawapan. dia tengok soalan, pas tu kira, pengapit tu letak dekat jawapan, lepas tu tulis jawapan dengan mekel pen.

yang ni suaikan dot2 tu dalam kotak nombor yang sama.

Jadi, kami pilih tahap 2 sebab tahap 3 tu selali saya ajar dia kat rumah. nak fokus dia membaca pula.






balik ja dia dah teruja nak buat bila mama tunjukkan kat dia...

ada buku rujukan untuk ibu bapa, 1 buku RM40 ada yang RM50 ada dijual semasa jelajah ini. sesiapa yang berminat boleh beli. dalam 6 jenis kot. pic atas ni saya copy dari fb kawan.


Seminar seperti ini amat bagus sekali buat kami para ibu bapa dan penjaga. dalam masa inilah kami dapat luahkan apa yang ada, berkongsi pengalaman masing. saya pun tak sempat nak sembang banyak ibu bapa lain sebab banyak pekara untuk sembang. semoga seminar ini beterusan setiap tahun. dan diharap setiap negeri menubuhkan tempat autisme yang dapat membantu kami para ibu bapa dan penjaga. Terima kasih juga buat PERMATA KURNIA kerana mengadakan bengkel yang amat bermakna ini buat kami.