Selasa, 17 Mac 2015

Bengkel Intensif/Pendidikan Autisme untuk Ibu Bapa-Day 2

Hari ke 2 pegi awal sikit sarapan kat sana. makan semua ok... bermula pagi ceramah sikit. cerita perkembangan autis kids kat makmal di UPM. macam2 perangai ada. biasalakan, kanak2 normal pun macam2 perangai tambah ini anak istimewa... kekadang kerenah mereka ada yang buat kita marah sedih dan ketawa.... huhuhu.. sambil taip ni pun begenang air mata bila teringat anak mama kat PDK tu.... sayang sangat anak istimewa saya ni.... 



Bila tengahari biasalah, kena buat rutin ni, kalo tak boleh duduk la dibuatnya... Alhamdulillah dapat 4oz untuk tengahari tu.  seronok bila dapat banyak2 macam ni sebab saya tak buat simpan stok susu. selalu tengahari balik ambil Adam Amsyar terus bagi susu kat Ammar Rifqi. dalam masa balik tu jugak sempat perah susu sikit untuk waktu petang... susu di atas hasil perahan tangan je...hihihi...

Lepas makan, solat mula aktiviti ke 2 pulak. cara mengajar anak... bawah ini ada beberapa contoh yang boleh diprektis untuk anak2 dirumah.

Untuk anak2 Tahap 1,
mengenal ABC

Mengenal Bentuk, sebelah kanan ni kertas yang diliminit lepas tu anak boleh tulis atas dot2 tu dengan makel pen yang boleh padam.

Tahap 2, membaca
ini anak boleh cari perkataan yang sama dengan gambar

yang warna2 dengan pengapit baju tu ada 2 pekara boleh buat. 1 mengenal warna 2 pengepit tu bertujuan latihan untuk memegang pencil. dia buat kepit2 tu dalam masa yang sama dia boleh mengenal warna. 
bulat n petak tu diliminitkan jugak nanti boleh anak tiru balik atas tu dengan makel pen.

Tahap 3, mengira
ini contoh kira barang ada berapa bilangannya.

ini matematik, liminit jugak nanti anak buat pengiraan boleh tulis dengan makel pen. yang kertas kuning tu jawapan. dia tengok soalan, pas tu kira, pengapit tu letak dekat jawapan, lepas tu tulis jawapan dengan mekel pen.

yang ni suaikan dot2 tu dalam kotak nombor yang sama.

Jadi, kami pilih tahap 2 sebab tahap 3 tu selali saya ajar dia kat rumah. nak fokus dia membaca pula.






balik ja dia dah teruja nak buat bila mama tunjukkan kat dia...

ada buku rujukan untuk ibu bapa, 1 buku RM40 ada yang RM50 ada dijual semasa jelajah ini. sesiapa yang berminat boleh beli. dalam 6 jenis kot. pic atas ni saya copy dari fb kawan.


Seminar seperti ini amat bagus sekali buat kami para ibu bapa dan penjaga. dalam masa inilah kami dapat luahkan apa yang ada, berkongsi pengalaman masing. saya pun tak sempat nak sembang banyak ibu bapa lain sebab banyak pekara untuk sembang. semoga seminar ini beterusan setiap tahun. dan diharap setiap negeri menubuhkan tempat autisme yang dapat membantu kami para ibu bapa dan penjaga. Terima kasih juga buat PERMATA KURNIA kerana mengadakan bengkel yang amat bermakna ini buat kami.

Bengkel Intensif/Pendidikan Autisme untuk Ibu Bapa

Assalamualaikum.....

Baru berkesempatan update blog. Semoga post ini dapat kita menambah ilmu terutama sekali buat ibu bapa/penjang yang mempunyai anak syurga seperti saya.

Permata Kursnia dari Jabatan Perdana Menteri telah memngadakan bengkel autisme jelajah malaysia buat kalangan pendidik2 dan ibu bapa. sayang berguna ok. kat bawah ni ada jadual di negeri2 anda, jika ada masa terluang pergi lah ye...


Ila join yang penang punya lah, minggu lepas. en papa pun pergi jugak. kalau nak ikut hati mak tok n tok wan nak bawa sekali sebab depa ni la yang bayak jaga Adam Amsyar dengan penuh kasih sayang.


Alhamdulillah bengkel berjalan dengan jayanya... hari pertama pegi sarapan kat luar dulu sebab tak dapat jadual lagi. area SPU bayak kedai makan sebab banyak melayu, so pilih ja kat mana nak makan. Bawah ni cerita begambar ya...

roti telur kuah daging + kopi o panas (tak mau bg susu bengkak sat ni, tapi tengahari perah jugak)

Mama & Papa.... papa kata "kita selpiaq dulu sementara tak ramai lagi" senyum la mama dengan muka pinggan..hahaha..



isi borang untuk si Abam kita...


bermula bengkel terus ke pengengalan kepada Autisme. Sebenarnya yang hadir ni kesemuanya ada anak autis dan 10% cikgu pendidikan khas. mula ja pengenalan ada video kids yang autis ni terus teringat kat Adam Amsyar... huhuhuhu nagis jab... ibu yang ada anak autis je yang paham perasan ini... kan...

Jelajah ini bagi saya untuk anak 1-6 tahun ok join. tapi yang atas pun boleh jugak... ada ibu bapa punyai anak yang umo belas2 pun join jugak. kita berkongsi pengalaman.


ceramah sepagi, petang ada aktiviti... sebenarnya tak cukup 2 hari ni. tapi apakan daya kan. kalau ada selalu pun tak pa... sebab autis kids sekarang makin ramai, ibu bapa juga perlu sokongan... kalau pun selalu pun tak pa, kami akan tetap join... insha Allah.....

ni salah satu contoh untuk ibu bapa buat kat rumah. main lekat2 prappp tu budak2 memang suka kan. so boleh la pilih TAJUK yang sesuai dengan anak2 kita.

hari ni la boleh tengok para bapa mengunting yer... yang syoknya en papa ni siap buat lekuk2 tanpa diminta...hahaha...gud job papa...


liminitkan yang kita gunting tadi, nanti senang nak lekatkan kat bord



ye mama pun nak jugak tunjuk buat keja... nampak kidal tapi itu tangan kanan yer..selfie camera kan..




ok, setakat ni dulu... nanti puan mama update lagi yer...