Lama tak update tentang ankak sulung aku ni... sekarang ni seronok dia pegi sekolah. tapi ada kala buat perangai tak nak masuk sekolah. cikgu dia cakap sekarang ni dah mula belajar sikit, tu yang dia rasa tak berapa best tu. Tak pe la nak... tak teruk pun, abang kan pandai....
Bila dah besar ni, ada lagi sikap autis yang keluar dari dia... Up date dari gambar di atas;
- Sekarang ni dia dah pot pet, tapi cakap bahasa apa pun tak faham, jerman ada latin pun ada. pas tu pandang aku, aku pun ok ya ka seperti berbual balik dengan dia. kekang tu kelauar juga bahasa yang aku faham macam bla bla ayam bala bla bla tv...macam balik rumah maktok je dia turun keta pegi tengok ayam, pas tu masuk rumah papanya call terus la "helo walaikumsalam bla bla bla ayam bla bla...ok bye askom i ya u (i love u)"ayat depan n belakang tu wajib kalo dapat call dari mama n papa.
- Cakap berulang, yes, terjadi jugak kekadang. bila aku tunjuk barang tanya dia "apa ni" dia jawab balik "apa ni" so dari situ dah faham n dia akan ulang kita cakap lagi...untuk stop dia ulang cakap, aku ajak dia main apa2 bagi dia lupa.
- Bab pakaian, sekarang ni tak mau pakai siglet, nak yang ada tangan pendek. susah jugak sebab memang banyak aku belikan dia singlet. seluar pendek memang tak da masalah. pam pempers hummmm ya dia masih lagi pakai pempers xxl drypers. kalo beso lagi nanti tak tau nak nak kena bagi pakai pempers orang tua kot.... poty train buat tapi sekarang ni dah tak buat sebab tak sempat. kat sekolah cikgu buat tapi sampai tengahari ja. balik rumah mak tok mandi pakai pempers makan tdo. lagi la tok tak buat.
- Sebelum ni dia memang takut dengar bunyi mercun, kemarin bila ada budak2 main depan rumah nak biar la dia join sekali, sekali dia yang meluru masuk rumah terus. pas tu kami laki bini terpandang sama terus gelak, sebab dia kalo sampai rumah ja terus nak dok luar. tadi plak cikgu dia cakap isnin ari tu bagi budak2 dengar animals sound, sekali dia dengar bunyi harimau terus lagi kat pintu sebab takut. selalunya bunyi hon dia larik jugak. mungkin sebab kuat.
- Bab terlampau suka sesuatu objek dapat aku dapat tangkat sejak usia dia 2 tahun. dia akan suka benda bulat solid ja. contoh bola. kalo bola tu kecil yang boleg digenggam, dia akan pegang mula tido sampai esok pagi.
- Gelak sesorang tu biasalah... memang dah lama dia buat macam tu. dok dalam keta ka, tengah nak tido ka, sambil makan ka dia senyum sorang2 pas tu gelak, mungkin dia sedang fikir benda yang lawak tu jadi macam tu.