Rabu, 24 Jun 2009

KEK BUAH-BUAHAN


Bahan Kek
5 biji telur (saiz besar, kira-kira 70 gm setiap satu)
130 gm tepung Hong Kong (diayak)
150 gm gula
80 gm mentega cair


Cara:
1) Pukul telur bersama gula sehingga kembang dan pekat.
2) Masukkan tepung (fold-in method) dan seterusnya mentega cair ke dalam adunan telur/gula tadi. Kacau perlahan-lahan sehingga adunan sebati/rata. Jangan kacau terlalu lama agar ‘udara’ yg ada kat dalam bahan kek ni tak ler byk keluar.3) Tuangkan adunan ke dalam loyang bulat, 8” atau 9” yang telah dialas kertas tracing dan digris dgn mentega.4) Bakar di dalam oven dgn suhu 170 - 180 darjah Celsius selama kira-kira 30 minit. Setelah kek masak, keluarkannya serta-merta dari loyang dan sejukkan di atas redai kek. Biarkan kek betul-betul sejuk sebelum dihias.


Bahan-Bahan Hiasan


Secukup buah pic dalm tin (dihiris)

Secukup buah anggur atau strawberry

1 biji buah kiwi (dihiris)

secukup nenas dlm tin (dipotong kecil-kecil)

100 gm badam hiris (dibakar hingga kekuningan)

Bahan Krim

250 ml whip cream(dipukul sehingga pekat)

beberapa titik esen mangga (optional) –dicampur pd krim

sebagai perisaBahan Glaze

3 sudu besar apricot gel4-5 sudu besar air


(masak apricot gel ni bersama air sehingga larut dan cair – siap utk digunakan)


Cara Membuat Kek Buah-Buahan
1) Kek sponge yg telah disejukkan tadi, dibelah dua. Sapukan krim rata-rata di atas satu bahagian dan bubuh sedikit buah-buahan jika suka. Tangkupkan di atasnya dgn satu lagi bahagian kek tadi.2) Kemudian, sapukan krim pada keseluruhan kek sehingga rata. Susun buah-buahan mengikut citarasa dan kreativiti anda sendiri, di permukaan kek. Pada keliling kek, bubuh pula badam hiris yg telah dipanggang tadi.3) Akhir sekali, gunakan berus lembut dan sapukan apricot glaze rat-rata ke atas buah-buahan yg telah disusun. Ini agar buah-buahan tu kelihatan kilat dan cantik dipandang. Kek yg telah siap, disimpan di dalam peti sejuk.

Nota:
Anda boleh menggunakan apa saja buah-buahan yg anda gemari seperti strawberry, cherry dan sebagainya. Namun di dalam memilih buah-buahan tersebut, pilihlah yg berlainan warna, agar kek tampak ceria dgn pelbagai warna.