Rabu, 17 Jun 2009

CERITA LAWAK

Siapa Pekak.......

satu hari seorang lelaki menemui doktor menyatakan kebimbangannya terhadap tahap pendengaran isterinya...dia bimbang isterinya akan jadi pekak..jadi doktor tu pun suruh dia pulang dan test pendengaran isterinya sekali lagi...

jadi satu hari tu masa isterinya tengah masak, dia pun tegur isterinya dari belakang..."sayang masak apa hari ni sayang?" isterinya diam tak menjawab... pas tu dia pegi dekat sikit kat isteri dia dan dia tanya lagi sekali... "sayang masak apa hari ni?!" dengan nada suara yang agak kuat sikit... masih isterinya tak menjawab... lalu dia pun mula pergi berdiri betul2 belakang isteri dia lalu bertanya dengan nada suara yang kuat... "SAYANG MASAK APA HARI NI?!!!!".... kemudian isteri dia pun berpaling lalu menjawab dengan nada selamba.... "abang ni...kan dah tiga kali saya cakap, hari ni saya masak sambal tumis udang....."

--------------------------------------------------------------------

Kisah 4 Pengantin Baru

Mak Minah dan Pak Mat ada 4 org anak perempuan yang sangat disayangi iaitu Siti, Seri, Murni dan Suri. Satu hari mereka berpakat utk kawinkan anak2 ni serentak. Selepas selamat diijabkabulkan, ke-empat2 anak tu pun bercadang untuk pegi honeymoon. Siti pegi honeymoon ke Pulau Langkawi, Seri ke Pulau Tioman, Murni ke Pulau Kapas dan Suri ke Pulau Pangkor.

Sebelum pegi Mak Minah dan Pak Mat berpesan, 'nanti jgn lupa hantar berita pada mak dan ayah. Ceritakan macam mana honeymoon korang. Tak payah tulis panjang2, pakai kod iklan aja dah cukup. Ringkas, padat dan cepat.' panjang lebar Mak Minah memberi arahan pada anak2nya.

Seminggu lepas tu depa terimalah surat dari Siti yang bertulis `Standard Chartered` . Tercari2lah kedua suami isteri ni iklan 'Standard Chartered' dan bila jumpa tersenyum le kedua2nya membaca iklan yang bertulis 'Besar, teguh dan peramah'.. Bahagialah Si Siti rupanya..

Esoknya terima pula surat Seri yang bertulis 'Nescafe'. Carilah iklan Nescafe dan tersenyum lagi keduanya membaca iklan yang bertulis 'Nikmatnya hingga ke titisan yang terakhir' Bahagialah Si Seri rupanya...

Selang beberapa hari kemudian, tiba pula surat Murni bertulis `KFC'. Carilah iklan KFC dan tersenyum keduanya membaca iklan yang bertulis 'Hingga Menjilat Jari'... Bahagialah Si Murni rupanya....

Seminggu berlalu, tiada surat dari Suri, Mak Minah dan Pak Mat dah risau. Dua Minggu... tak ada jugak.. masuk minggu ke tiga baru sampai surat dari Suri dengan isi kandungannya 'AIR ASIA '. Bergegas le Mak Minah cari iklan penerbangan tu sbb tak sabar nak tau apa yg jadi kat anak bongsunya. Bila dibaca. Mak Minah dan Pak Mat terkulat2 tak tau nak senyum atau menangis.. Apa motto iklan itu...?? '7 KALI SEMINGGU..3 JAM SEKALI.. TANPA HENTI..


----------------------------------------------------------------

Peringatan...jangan minta cerai dalam keta

Sepasang suami isteri yang selalu menghadapi masalah perhubungan tengahberbincang masalah mereka dalam sebuah kereta. si suamitengah memandu.
Isteri : kita dah berkawin 15 tahun dah,saya rasa saya tak sesuai lagibersama dengan awak... saya nak mintak cerai dengan awak.....
si suami diam dan terus memandu kereta ...bertambah laju....(70km)
isteri : saya dah tak cintakan awak lagi...sebenarnya saya dah ada temanlelaki....dia akan berkawin dengan saya lepas awak ceraikan saya... saya malas nak cerita panjang lagi..dan saya tak nak awak cuba pujuk saya..saya dah bosan hidup dengan awak....!!
si suami terus memandu dengan penuh perasaan marah...masih diam...
Isteri : bila kita bercerai,saya nak rumah kita...
si suami masih diam ...memandu dengan lebih laju....(80km)
isteri : saya nak anak kita juga...awak bukan boleh pelihara mereka.....
si suami masih diam ..tambah kelajuan (100 km)
isteri : saya nak kereta ini, kredit card dan saving akaun kita
sisuami masih diam, membelok kereta ke arah jaya jusco......
isteri : awak ada ingin minta apa2??
suami : tak perlu....saya dah ada apa yang saya perlukan...
isteri : ya kah?? apa yang awak ada..??
si suami menjawap sebelum beliau melanggar dinding konkrit jayajusco...
suami : saya ada air bag.....awak tak ada..