Isnin, 29 Jun 2009

DRANG ME TO HELL

sabtu lepas lepas hantar kakak ayu balik alor setar, singgah mega mall tengok cita ni. nak tengok tranfomes ramai giler.... cita ni best, 18PL, memang ganas n seram gila... tapi puas hati sangat....
Chistine Brown has a good job, a great boyfriend and bright future.
But in three days,
she`s going to hell..
ayu cita sikit yer. ianya mengisahkan seorang pegawai bank yang disumpah oleh seorang nenek tua (memounyai ilmu hutam) akibat daripada dia (Chistine Brown) tidak dapat meluluskan permohonan nenek tu untuk menanguhkan bayaran loan rumahnya. nenek yang berasa dimalukan oleh Chistine Brown geram, dan membalas dendam menyumpah Chistine Brown akan mati dalam masa 3 hari... kalau nak tau selanjutnya, kena la tengok...



heroin cita ni, Alison Lohman memegang watak Chistine Brown



acara pembuangan roh hantu




Rabu, 24 Jun 2009

KEK BUAH-BUAHAN


Bahan Kek
5 biji telur (saiz besar, kira-kira 70 gm setiap satu)
130 gm tepung Hong Kong (diayak)
150 gm gula
80 gm mentega cair


Cara:
1) Pukul telur bersama gula sehingga kembang dan pekat.
2) Masukkan tepung (fold-in method) dan seterusnya mentega cair ke dalam adunan telur/gula tadi. Kacau perlahan-lahan sehingga adunan sebati/rata. Jangan kacau terlalu lama agar ‘udara’ yg ada kat dalam bahan kek ni tak ler byk keluar.3) Tuangkan adunan ke dalam loyang bulat, 8” atau 9” yang telah dialas kertas tracing dan digris dgn mentega.4) Bakar di dalam oven dgn suhu 170 - 180 darjah Celsius selama kira-kira 30 minit. Setelah kek masak, keluarkannya serta-merta dari loyang dan sejukkan di atas redai kek. Biarkan kek betul-betul sejuk sebelum dihias.


Bahan-Bahan Hiasan


Secukup buah pic dalm tin (dihiris)

Secukup buah anggur atau strawberry

1 biji buah kiwi (dihiris)

secukup nenas dlm tin (dipotong kecil-kecil)

100 gm badam hiris (dibakar hingga kekuningan)

Bahan Krim

250 ml whip cream(dipukul sehingga pekat)

beberapa titik esen mangga (optional) –dicampur pd krim

sebagai perisaBahan Glaze

3 sudu besar apricot gel4-5 sudu besar air


(masak apricot gel ni bersama air sehingga larut dan cair – siap utk digunakan)


Cara Membuat Kek Buah-Buahan
1) Kek sponge yg telah disejukkan tadi, dibelah dua. Sapukan krim rata-rata di atas satu bahagian dan bubuh sedikit buah-buahan jika suka. Tangkupkan di atasnya dgn satu lagi bahagian kek tadi.2) Kemudian, sapukan krim pada keseluruhan kek sehingga rata. Susun buah-buahan mengikut citarasa dan kreativiti anda sendiri, di permukaan kek. Pada keliling kek, bubuh pula badam hiris yg telah dipanggang tadi.3) Akhir sekali, gunakan berus lembut dan sapukan apricot glaze rat-rata ke atas buah-buahan yg telah disusun. Ini agar buah-buahan tu kelihatan kilat dan cantik dipandang. Kek yg telah siap, disimpan di dalam peti sejuk.

Nota:
Anda boleh menggunakan apa saja buah-buahan yg anda gemari seperti strawberry, cherry dan sebagainya. Namun di dalam memilih buah-buahan tersebut, pilihlah yg berlainan warna, agar kek tampak ceria dgn pelbagai warna.

Rabu, 17 Jun 2009

CERITA LAWAK

Siapa Pekak.......

satu hari seorang lelaki menemui doktor menyatakan kebimbangannya terhadap tahap pendengaran isterinya...dia bimbang isterinya akan jadi pekak..jadi doktor tu pun suruh dia pulang dan test pendengaran isterinya sekali lagi...

jadi satu hari tu masa isterinya tengah masak, dia pun tegur isterinya dari belakang..."sayang masak apa hari ni sayang?" isterinya diam tak menjawab... pas tu dia pegi dekat sikit kat isteri dia dan dia tanya lagi sekali... "sayang masak apa hari ni?!" dengan nada suara yang agak kuat sikit... masih isterinya tak menjawab... lalu dia pun mula pergi berdiri betul2 belakang isteri dia lalu bertanya dengan nada suara yang kuat... "SAYANG MASAK APA HARI NI?!!!!".... kemudian isteri dia pun berpaling lalu menjawab dengan nada selamba.... "abang ni...kan dah tiga kali saya cakap, hari ni saya masak sambal tumis udang....."

--------------------------------------------------------------------

Kisah 4 Pengantin Baru

Mak Minah dan Pak Mat ada 4 org anak perempuan yang sangat disayangi iaitu Siti, Seri, Murni dan Suri. Satu hari mereka berpakat utk kawinkan anak2 ni serentak. Selepas selamat diijabkabulkan, ke-empat2 anak tu pun bercadang untuk pegi honeymoon. Siti pegi honeymoon ke Pulau Langkawi, Seri ke Pulau Tioman, Murni ke Pulau Kapas dan Suri ke Pulau Pangkor.

Sebelum pegi Mak Minah dan Pak Mat berpesan, 'nanti jgn lupa hantar berita pada mak dan ayah. Ceritakan macam mana honeymoon korang. Tak payah tulis panjang2, pakai kod iklan aja dah cukup. Ringkas, padat dan cepat.' panjang lebar Mak Minah memberi arahan pada anak2nya.

Seminggu lepas tu depa terimalah surat dari Siti yang bertulis `Standard Chartered` . Tercari2lah kedua suami isteri ni iklan 'Standard Chartered' dan bila jumpa tersenyum le kedua2nya membaca iklan yang bertulis 'Besar, teguh dan peramah'.. Bahagialah Si Siti rupanya..

Esoknya terima pula surat Seri yang bertulis 'Nescafe'. Carilah iklan Nescafe dan tersenyum lagi keduanya membaca iklan yang bertulis 'Nikmatnya hingga ke titisan yang terakhir' Bahagialah Si Seri rupanya...

Selang beberapa hari kemudian, tiba pula surat Murni bertulis `KFC'. Carilah iklan KFC dan tersenyum keduanya membaca iklan yang bertulis 'Hingga Menjilat Jari'... Bahagialah Si Murni rupanya....

Seminggu berlalu, tiada surat dari Suri, Mak Minah dan Pak Mat dah risau. Dua Minggu... tak ada jugak.. masuk minggu ke tiga baru sampai surat dari Suri dengan isi kandungannya 'AIR ASIA '. Bergegas le Mak Minah cari iklan penerbangan tu sbb tak sabar nak tau apa yg jadi kat anak bongsunya. Bila dibaca. Mak Minah dan Pak Mat terkulat2 tak tau nak senyum atau menangis.. Apa motto iklan itu...?? '7 KALI SEMINGGU..3 JAM SEKALI.. TANPA HENTI..


----------------------------------------------------------------

Peringatan...jangan minta cerai dalam keta

Sepasang suami isteri yang selalu menghadapi masalah perhubungan tengahberbincang masalah mereka dalam sebuah kereta. si suamitengah memandu.
Isteri : kita dah berkawin 15 tahun dah,saya rasa saya tak sesuai lagibersama dengan awak... saya nak mintak cerai dengan awak.....
si suami diam dan terus memandu kereta ...bertambah laju....(70km)
isteri : saya dah tak cintakan awak lagi...sebenarnya saya dah ada temanlelaki....dia akan berkawin dengan saya lepas awak ceraikan saya... saya malas nak cerita panjang lagi..dan saya tak nak awak cuba pujuk saya..saya dah bosan hidup dengan awak....!!
si suami terus memandu dengan penuh perasaan marah...masih diam...
Isteri : bila kita bercerai,saya nak rumah kita...
si suami masih diam ...memandu dengan lebih laju....(80km)
isteri : saya nak anak kita juga...awak bukan boleh pelihara mereka.....
si suami masih diam ..tambah kelajuan (100 km)
isteri : saya nak kereta ini, kredit card dan saving akaun kita
sisuami masih diam, membelok kereta ke arah jaya jusco......
isteri : awak ada ingin minta apa2??
suami : tak perlu....saya dah ada apa yang saya perlukan...
isteri : ya kah?? apa yang awak ada..??
si suami menjawap sebelum beliau melanggar dinding konkrit jayajusco...
suami : saya ada air bag.....awak tak ada..

Khamis, 11 Jun 2009

Jeti Pulau Aman

petang 30hb 5, ayu gi lepak batu kawan ngan cek abe, syok2 ronda ayu nak ronda jeti pulau aman, tengok line tempat yang akan ayu buat outdoor wedding nanti :D canti tak?

suke gambar ni... :D kanan yang panjang tu tempat orang macing, belakang tu lagi boleh nampak Penang Bridge
alo... malu pulak ye...



cantik sangat pemandangan waktu petang kat sini.. tak sabar nak kawin... :))

Isnin, 1 Jun 2009

Dah Dapat Kunci Rumah

kunci rumah busuk dah dapat 31hb, sonoknya... tapi rumah papa la...
Taman Seruling Eamas, Sungai Bakap.
rumah ni scn hand. rumah yang bernialai RM87k. owner rumah sebelum ni, sepasang cikgu sekolah. baik la sangat. depa beli rumah baru 2 tingkat, betul2 pindah belakang rumah kami.



suka sangat kipas ni, nak tambah 1 lagi :Dbilik utama, cikgu tu tinggal akon ni kat kami..
bilik no 2

cey pengang kunci tu....
barang2 yang baru ada... hiasan kat dapur n tilam boleh lipat... (badan ako lagi kebebo)

ownwer rumah (yang baju belang bersama bakal isterinya.. :D

mandi manda kat Laketown Bukit Merah

abah dok sorang2 tunggu beg, sian abah..
dani n mama (my luv sis)
aloh.. tak pasan mak tengah ambik gambaq :D



naik yang nigan my sis, gerun, serik dah tak nak naik :_(
ada bro yang keja situ cita, penah sorang lelaki india patah bahu naik ni sbb xsen sangat...


sekali dani tetido masa naik pelampung ni.. sian dia...