Khamis, 12 September 2019

Projek Replika Merdeka Ammar Rifqi

Asalamualaikum...

wow lamanya tak up date blog iolls... so hari ni nak kongsi sikit projek Ammar Rifqi untuk sekolah dia. cikgu bagi tugasan Replika atau Mercu Tanda Di Malaysia sempena Medeka dan Hari Malaysia yang diperbuat dari bahan kitar semula.

Mulanya nak buat Jambatan Pulau Pinang, dapat pulak idea dari kawan tengok kat FB geng cikgu kongsi buat Tugu Negera pakai straw macam pic bawah ni.




menarik kan.... kretif sangat.. tapi bila fikir straw, manik huhuhu agak pening jugak. so ambil keputusan cari maian2 ammar dalam kotak dan ambil apa yang boleh guna. ammar ni suka mainan askar sebab suka tengok papa dengan abam main PUBG. so banyak la koleksi yang dibeli kat kedai RM 2...

Bahan-bahan;
  • Askar dan kenderaannya
  • Gam tembak
  • salotep (gam antara kertas A4 untuk lapik)
  • kertas putih (mamar)
  • maker hitam (buat line mamar)
  • kotak kecil (2 kotak untuk stage)
  • strorage box (untuk lapik)
  • spray hitam
  • papan kek
  • batu-batu kecil
  • bendera kecil
  • lidi/chop stik



barang-barang mainan ammar ambil dalam kotak mainan

 kebetulan ada kotak dan papan kek terus ambil untuk buat tapak. suruh dia la jadi model sebab tugasan dia punya kan. excited dia tengok benda alah ni semua.

minta dia buat kerja yang di boleh buat sendiri, yang lain 80% papa buat. mama order aja...

pakai kotak terpakai

kalau tengok lebih dekat, patung yang duduk tu papa potong dilutut dan gam semula macam orang melutut. ni pun jenuh fikir nak buat macam mana, nak layur kat api bagi lembik ka, nak potong takut patah salah tempat. bab ni tawakal juga. nasib idea papa bijak.

ni dah siap gam

dah siap gam minta ammar warnakan, tapi......

sayangnya tak lekat. tak terfikir pulak tak lekat. patut la straw tu pakai spray. so esok tu pulak pegi beli spray

beli spray ni weh... naik terus Tugu Negera ammar


so ini lah hasilnya selepas papa spray... lawo kannnnnnn... naik terus Tugu ni.



eksosori tambahan untuk Tugu Negera

bendera ni mula nak letak dekat tangan tapi besar sangat pulak 

ada tambahan batu kat bawah askar tu (kutip depan rumah aje)

dah hasilnya!!!!!

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

TARA!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!



alhamdulillah siap semua.... Tugu Negara By Ammar Rifqi


Tuan Ammar Rifqi siap bawa Tugu Negera ke seolah....

Jumaat, 12 Julai 2019

Kisah Abam 12/07/2019

Asalamualaikum...

lamanaya tidak bersiaran... hari ni nak jugak cerita tentang apa jadi kat sekolah abam tadi. cerita sedih ok...

hari ni cikgu2, anak2 murid pendidikan khas ada buat lawatan ke rumah kawan yang kurang sihat. masa ambil abam tadi tengah pimpin tangan dia tetiba ada kawan2nya 3 orang melulu kat mama bagi tau "unty amsyar curi barang kat rumah wawa." mai 2 lagi budak perempuan cakap jugak benda yang sama sambil kalut2.

mama terpandang abam terus. tanya abam ambil apa kat rumah orang? "amsyar tak ambil pun..." sambil dalam kalut oarang balik sekolah abam selit cakap "mama suriani dengan suria tendang amsyar" dengan mata berkaca. mama memang tak endahkan sebab mama marah abam ambil barang dekat rumah orang. sambil pegang tangan ammar keluar abam melulu lari ke kereta.

masuk dalam kereta apa lagi mama, naik hantu la.. tanya dia sampai kering tekak "abam ambil apa rumah wawa!!!???" dia cakap hadiah. tanya hadiah apa? dia diam. sikap diam dia buat mama lagi naik hantu. "mama call cikgu tanya!" sambil teriak "tak mau mama......" sambil teriak cakap tak mau pegi taska transit. "jangan nak mengada na!" teriak lagi... ammar diam ja duduk dalam kereta sebab tahu mama tengah naik hantu.

sampai taska memang tak mau turun la, nasib ada milo tin yang mama beli tadi untuk dedua orang ni. pujuk punya pujuk mau juga turun. tapi hati mama dok marah lagi. tak sabar nak tanya cikgu.

lepas simpang taska abang terus mama msg cikgu,

mama : cikgu amsyar ambil apa dekat rumah wawa tadi kawan2 dia bagi tau saya.
cikgu  : dia termabil medal, nanti kami akan pulangkan kepada wawa
mama : oooo medal


mama : eh ni medal papa adam cikgu. papa dia punya. dia memang suka main medal saya dengan papa dia. dia pengang ja.dia bawa pi sekolah la ni.
cikgu  : maaf puan. salah faham la ni. nanti kami tanya budak dan pulangkan.

Allah................... Tuhan saja yang tahu perasaan mama tu abam... bersalahnya mama kat abam... mama menagis sepuas hati dalam kereta. mama marah abang teruk sangat tadi dalam kereta... mama minta maaf banyak2 sayang.....

medal tu dia panggil hadiah... abam masih belum pandai guna perkataan pada tempatnya. ya Allah sampai sekarang rasa bersalahnya kat dia. itu lah perangai mama, akan kata anak mama buruk dulu sebelum siasat. tengok2 anak mama tak salah lansung pun.... mama sayang abam tau... 

tentang kawan amsyar tu memang banyak kali dah dia selalu cerita kawan2 suka buli dia. tahun lepas ada budah suka buat dia tumbuk kat dada la, ludah kat muka la. tahun ni budak2 perempuan tu selalu abam bagi tau suka buat dia. mama bagi tau jugak cerita ni kat cikgu tadi. abam seorang yang memang tidak membalas kalau orang buat. sebab tu senang orang membuli dia. ini la yang mama taku bila abam ke aliran perdana. huhuhu... harap abam pandai jaga diri.... love u so much abam...