Isnin, 14 Jun 2010

Sakit....


assalamualikum...
cita pasai sakit lagi... cuti2 orang nak beseronok, jalan2 sakit plak yang menimpa.. sama ngan huby & mak... huby batuk+selsema+demam, mak demam+batuk sampai tak leh bangun2.. saya batuk+badan rasa seram sejuk+selsema+pedih ulu hati+dz...


semalam yang betul2 saya sakit, sampai tiyak... sebab sakit perut, akibat dari meneran batuk, perut pun tarik (sakit)... pinggang plak buat hal, sakit betoi... ulu hati pedih+sesak nafas. minum geviscon tak jadi apa pun.. gi klinik doc jimy tu dia beranak plak, ganti doc gomen, dapat Cimulcer Tablets, alhamdulillah lega sikit.. memula tu takut gak ada darah tinggi, alhamdulillah tak ada...


tadi, saya gi klinik ambil surat refer kat klinik mata BM, doc cakap nak kena opret, tapi dah prenant tak boleh lagi, just pi buat checkout jek... kebetulan esok sepatutnya scan n tengok result minum air gula, semuanya dah tengok tadi. scan, my baby dok tak senyak, sesah doc nak ambil panjang tulang paha dia... n doc cakap baby semua ok, tak besar & normal.. darah tinggi pun tak da result dari minum air gula n check darah ari tu.. alhamdulillah.. lega sangat2, baby sihat saya pun sihat... cuma berat saya turun sikit, mybe sakit tak lalu makan kot...

Meh kita kongsi sikit tips untuk pedih ulu hati ketika mengandung

Jika anda sedang hamil, mungkin anda akan mengalami pedih ulu hati. Untuk mengelakkan atau mengurangkan rasa tidak selesa ini, amalkan tips berikut :

  1. Makan dalam kadar yang sedikit tetapi kerap. Sentiasa bawa bersama anda bekalan biskut kering atau mungkin buah seperti kurma.
  2. Makan secara perlahan-lahan.
  3. Jangan minum sambil makan air. Minum selepas makan, dalam kuantiti yang sedikit.
  4. Elakkan makanan-makanan yang pedas.
  5. Elakkan makanan yang berasid seperti jeruk, tomato dan cuka.
  6. Elakkan minuman berkafein seperti kopi, teh dan air kola.
  7. Elakkan merokok dan minuman beralkohol. Ia juga tidak baik untuk bayi.
  8. Jangan baring sekurang-kurangnya sejam selepas makan.
  9. Jika berbaring, tinggikan kepala dan dada daripada kaki/perut.
  10. Jangan memakai baju yang ketat terutama di bahagian perut dan pinggang kerana ia meningkatkan tekanan pada perut anda.
  11. Minum minuman berhalia. Anda boleh buat sendiri dengan merebus halia dan letakkan gula secukup rasa jika suka.
  12. Makan chewing gum. Kandungan bicarbonate dalam chewing yang beralkali akan meneutralkan keasidan dalam perut.
  13. Jika ingin tunduk, jangan tunduk dengan membengkokkan pinggang. Cara yang sesuai, bengkokkan lutut.
  14. Jumpa doktor untuk preskripsi ubat untuk pedih ulu hati.