Jumaat, 25 Jun 2010

Dah 7 bulan!!!


Assalamualaikum wth...
Alhamdulillah ayu dah masuk 7 bulan = 28 weeks dok bawa my baby ke hulu ke hilir... ayu sihat, baby pun bertambah sihat.

apa yang ayu rasa sekarang??

  1. hari-hari gatai kat bawah perut kat line stretch mark (--")
  2. sakit belakang
  3. naik tangga pun slow sangat, baru 7 bulan no...
  4. jalan lambat
  5. makan lambat
  6. cepat ngantok
  7. kuat minum teh ais/teh panas
  8. sakit ulu hati
  9. tiap-tiap malam betis kejang

Perkembangan minggu ke-28, bermakna puan hanya tinggal lagi 3 bulan sebelum saat kelahiran yang ditunggu-tunggu tiba. Puan mungkin akan menjadi sedikit pelupa, kekok dan agak janggal. sepanjang bulan-bulan terakhir ini, bayi kita juga telah mula menyimpan bekalan lemak dalam badan. Selain itu puan juga mungkin akan mengalami sakit ulu hati, senak dan kadang-kadang kejang pada bahagian betis. Jangan terkejut jika kita akan berhadapan dengan kontraksi. Ia bukan kontraksi untuk melahirkan tetapi ia sebalik adalah kontaksi kecil yang dipanggil iBraxton Hiksi. Sepanjang kehamilan kita cuba elakkan daripada berfikir perkara-perkara buruk atau negetif. Banyakkan membaca majalah-majalah atau menonton rancangan tv yang berfaedah untuk minda dan perkembangan kehamilan kita.