Khamis, 31 Mac 2016

Story Telling Competition

Aslamualaikum....

10 Hari lepas Ilmi Orchard buat pertandingan bercerita. buat kat tempat amsyar di jawi. senang sikit tak la nak kena pi jauh-jauh...

Beberapa minggu sebelum ada pertandingan teacher bagi 1 saliran cerita kat mama minta amsyar baca kat rumah... tajuknya 'a hungry mouse' panjang jugak cerita dalam bahasa ingeris ni (untuk 6 tahun la mama rasa panjang) tapi mama tau amsyar boleh buat. tapi kalo minta becerita depan maktok ka mak su ka mesti kata "no abang nak tengok tv" n banyak la alasan dia sebab malu.

so tiba lah hari yang ditunggu-tunggu... mama papa hadir untuk beri sokongan. sebenarnya mama papa ni teruja la sangat nak tengok anak becerita. almaklumlah amsyar kan special.... mmmuuaahhh...


teacher kata atas pentas ni amsyar selalu berlatih becerita

sarapan dulu

cawangan jawi tak pakai uniform, tapi pakai kemeja.nasib amsyar ada..hihihi...


 bawah ni cerita yang amsyar baca...






 bermula lah anak mama becerita dengan tanpa segan silu. papa dok depan sebab nak rakam amsyar tengah cerita. 

ada gaya tu...

wahhhh best la dengar amsyar cerita. cuma bila nak habis tu teacher kena cakap sikit baru amsyar ingat. tapi suara tu tak berapa kuat sebab kawan2 amsyar pun becerita sekali kat belakang ni.. hahaha...

dah abis semua becerita tanpa tunggu2 teacher umum pemenang. tempat ke tiga dapat kat taufik kawan amsyar kat jawi... tempat ke dua pemenangnya adalahhhhhhhhhh MUHAMMAD ADAM AMSYAR!!!! 




 wahhhhhhh Tahniah sayang mama papa!!!!! teharu kami.... tak sangka sebenarnya... niat nak mai tengok dia saja, tak sangka tengok dengan hadiah.... alhamdulillah... terima kasih Allah...


belakang dari kiri taufik, tengah tu juara dari ilmi kulim. si juara tu suara kuat, sedap dengar.


ni la teacher faten yang bersungguh2 ajar amsyar hafal cerita ni... thank you very much teacher...

 mama amsyar papa

pemenang ke dua!!!! Tahniah sekali lagi sayang mama....