Selasa, 7 Jun 2011

Mengantok...


Tadi tengahari aku balik rumah aku (nasib 5minit je dari rumah), mengantok sangat-sangat, en adam amsyar dia tu dah la tido kul 12, bagun plak tengah pagi.

Akhir-akhir ni en adam amsyar asyik kembong perut je.. mai kul 3 4 pagi nangis sambil meneran tahan sakit (dengan aku sekali kena cakar). mesti lepas dia nagis tu perut aku pun berasa jugak. memang la sakit, tambah dia tu budak kan...

Air kundur memang feberet aku dari time peknen lagi. lama dah tak minum, aku pun beli la... seminggu sekotak besar tu.

lepas tu aku dok pk sorang-sorang, kenapa la perut adam kembung, padahal aku tak da makan benda beragin pun... tapi aku rasa sebab air kundur ni dah. kundur ni sejuk, mungkin beragin jugak. hemmm dalam peti ais kat rumah pun dok ada lagi. en papa, sila abiskan yer, sian en adam amsyar kembung malam-malam.

semalam dia terjaga kul 5.25am, dia nagis, aku main dengan dia, sapu minyak kat perut, betis n tapak kaki dia. lepas tu sambil nyusu dia kentut. hemmm angin la tu kan.. kesian dia..

pic semalam, inilah budak musyuk yang sakit pewut itu


sangat ceria...

-p/s:abaikan curtain aku yang carik itu. kesulitan amat dikesali. (-_-")